Tuesday, March 29, 2011

Tengok je,tak boleh pegang!

Assalamualaikum..Tak jawab dosa,kalau jawab sayang! *lameeeeeeeeeeeeeeee* :))))

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Okayla terus kepada cerita sebenar,straight saje,tak payah corner2..Tarikh 12hb Mac lepas,Kakda bertunang..So tak taw ape nak cerita dah,sila rujuk gambar saje la..Hehehe..


Papan hijau dan teddy bears tu memang dah ade kat rumah,so idea photographer suruh tulis macam tu.
Sisters that cannot be replaced! <3
Yang lelaki pun kene sarung cincin..Pelik??Tak berapa pelik sangat la..Hehe..
Para tetamu yang hadir.
Lagi satu step dah boleh jadi keluarga besar..Serius betul muka abah.. :))
Ini candies buffet..Budak2 memang tak makan nasi,makan ni je..Hehehe..
Selesai satu babak.
Seronok ye kene cium! :P
Single-Engaged-Married
Siblings + 1 future bro-in-law! :P

Gambar2 lawa adalah hasil karya APEX PHOTOGRAPHY.

Pelamin dan hantaran adalah DIY..Jimat kos! Hehehe..Simple and nice! :D

Sape pulak nak bertunang lepas ni???Saya tak nak bertunang.

Okay bye.

Sincerely,
ALIA

Sunday, March 27, 2011

Orang2 tua kata ..........

Sungguh mengantuk sekarang,penat...Dua hari asyik bangun awal pagi sebab pegi ___________ (isi tempat kosong)..Tapi dah guling2 atas katil pun tak lelap jugak,so bangun hadap blog.Patutnya bangun buat kerja,tapi takpela,hadap blog dulu sejam dua..Hehehe..

Ni nak share pesanan orang2 tua yang boleh dikatakan agak merepek kalau fikir logik.

1. Kalau kaca (pinggan/gelas) pecah,maknanya ade benda buruk yang akan terjadi atau sedang terjadi.
## Selalunya kalau jadi macam ni mesti kita akan gelabah tak tentu pasal kan??Mula la fikir ntah ape2,melalut ntah ke mane,cuak gila..Ape kaitan kaca pecah dgn kejadian buruk???Kalau benda dah nak pecah tu,pecah jugak!

2. Anak dara jangan duduk atas tangga,nanti takde orang masuk meminang.
## Apa kaitan tangga dengan anak dara??Takde kaitan langsung! Kalau anak teruna takpe ke duduk atas tangga??Maksud sebenar nak suruh anak dara tu duduk sopan sikit,tak manis duduk atas tangga.Tapi cakap berkias,maklumlah,orang melayu ni kan kaya dengan budi bahasa.Banyak sangat pusing2,jalan lurus je kan senang.

3. Jangan beli jarum malam2,nanti ade benda tak elok terjadi.
## Ni lagi satu,apesal tak boleh beli jarum malam2???Kalau emergency nak jahit seluar koyak,esok nak pakai pegi kerja sebab seluar lain basuh,tak ke kesian tuu..Tak kan nak pakai seluar koyak pegi kerja..Ishhh2,sumpah tak paham.

4. Jangan ada niat nak beli kereta baru,nanti ditimpa kemalangan sebab nanti kereta tu merajuk.
## Whatttt??!!Yang ni memang tak masuk akal langsung! Tak kan lah tak boleh berangan nak beli kereta baru..Bukan semua orang kaya boleh beli kereta bayar cash,kalau rase nak tukar kereta terus tukar macam tukar baju.Banyak cantik! Kalau Allah dah takdirkan kita akan ditimpa kemalangan,tak yah tunggu ada niat nak beli kereta baru pun akan kemalangan jugak.Allah tu Maha Kuasa.

5. Jangan potong kuku malam2,tak elok.
## Apesal ntah tak boleh potong kuku malam2,tak paham.Kalau siang lupa nak potong kuku,mesti nak potong kuku time malam sebab esok nak pergi sekolah,karang pengawas buat spotcheck kuku,tak pasal2 kantoi..Sebenarnya tak nak bagi silap potong kuku,nanti jari luka ke ape je niatnya yang tak bagi potong kuku malam2,gelap..Zaman sekarang dah banyak lampu,so tak payah risau.Saya ni tak kira lah potong kuku masa siang atau malam,selalu je berdarah..Jenis potong kuku style bersungguh sangat sampai berdarah.

6. Kalau nak berjalan jauh,maksudnya macam pegi kerja or bercuti kat overseas tu,kalau ada tertinggal barang kat rumah,jangan kita sendiri patah balik rumah amek barang tu,orang lain takpe,sebab nanti berlaku kecelakaan masa dalam perjalanan.
## Ohh tolongla! Tolong la percaya bahawasanya Tuhan/Allah tu Maha Kuasa.Kalau DIA dah catatkan sesuatu kecelakaan tu akan terjadi,tak kira masa,tak kira tempat,kita tak boleh elak sebab benda tu memang akan terjadi.Tolong terima dan percaya dengan takdir boleh tak??

Ada lagi banyak pesanan orang2 tua yang agak merepak ni tapi,tak ingat dah.Kalau ingat jadi geram.Kalau korang ada teringat pesanan orang2 tua yang korang rase merepek,bolehla share ye..Hehehe..

P/s: Saya dah boleh kawen sekarang! XD

Sincerely,
ALIA

Friday, March 25, 2011

Just sharing..

A great video to watch..Maybe u'll learn something from this video..So feel free to watch.. :)

How the bible led me to Islam.

Sincerely,
ALIA

Wednesday, March 23, 2011

I'm still breathing..

Last two weeks adalah minggu yang super duper hectic..Dalam satu minggu,macam2 benda jadi,semuanya atas kuasa Tuhan..

Hari ahad 6hb,balik cyber dari KT..The next day submit thesis,legaa habiss..8hb start kelas untuk sem baru,and haritu jugakla mak meninggal dunia..Hari paling kelam-kabut dalam minggu tu..Hari rabu 9hb,abang (my brother yg sulung) accident..Kereta sampai 90% damaged and memang dah tak boleh guna..So rushing balik rumah kat KT from KB..Hari jumaat,tsunami hit Japan kan..And hari tu jugak my aunty accident kt Maran..Hari sabtu 12hb,kakda's engagament day.Alhamdulillah,semua dah settle..Hari ahad 13hb tu gerak blk kl dgn kereta..

Tgh cuci luka & lap darah kuar dari telinga.. O_o
Telinga macam putus je..Doctor tak jahit,just gam balik..Garis putus2 tu luka blkg kepala sbb kena kaca.

So dalam one week tu mmg saya travel gila..Sampai rasa tak nak travel dah,penat gila..Dari KT to cyberjaya.Next,cyberjaya to KB..Then KB to KT,and KT to KL..Penatttttttttt!!! Tapi demi family,saya sanggup..Rumah meriah sbb ade budak2...Tapi kat rumah busy,FYP tak sentuh langsung..Nak bake cookies lg la tak sempat..Bake cuppis je sikit utk engagement day,tu pun sbb request dr tuan punya majlis..Hehee..Tak cukup masa and malas nak buat sendiri,beli cupcakes mix,senang..Sedap la jugak..

Pegang pensil pun tak betul lg tu,u're still young for that..
5 years old kid with Iphone4.. "-___-
Hidung berdarah..Petua org2 tua utk hentikan darah mengalir,koyak2 kan daun sirih n sumbat dalam hidung..Tapi sbb tak sampai hati,gulung2 and sumbat sipi2 je..Lawak! :))

So nanti2 la update lg psl engagement tu..

Bye.

Sincerely,
ALIA

Thursday, March 17, 2011

Dear Mak..

Last Tuesday,when i was in my first day class for this new semester,i got a sms saying that my grandmother on my father's side passed away..I was clueless,i wasn't cried,i was totally blurred..After class,i went back to my room and suddenly i just cried..

About half an hour after that,i made a decision that i wanted to go back to my hometown,which is in Kota Bharu..Checked the flight ticket and straight away went to LCCT,the flight was at 4pm..Reached LCCT at 3pm,10 minutes before the counter closed..Landed in Kota Bharu airport at 5pm..

Tak sempat jumpa Mak untuk kali terakhir sebab bila sampai kampung,terus pegi kubur sebab orang dah siap kebumikan Mak..Pergi tengok kubur Mak sekejap,lepas tu terus balik rumah arwah Mak..Tengok tempat orang mandikan jenazah Mak,tengok bilik Mak,tengok lebihan kain kapan dan kapas untuk kapan Mak,tengok kain untuk tutup jenazah Mak,sedih,sangat sangat sedih..Kali terakhir jumpa Mak masa raya tahun lepas,dah beberapa bulan lepas..Selalu ingat senyuman Mak dekat anak cucu tiap kali kami satu keluarga balik rumah Mak..Rasa rindu nak cium tangan,pipi dan dahi Mak..


Al-fatihah untuk Mak.

Sincerely,
ALIA

Tuesday, March 8, 2011

Hello,i'm still alive.

Hai Qi Razali (lepas ni mesti ada orang pegi google nama ni),kenapa awak hensem???Tak penah tgk jjcm yg dia jd host,ishhh rugi rugi..

Ohh hye readers,saya masih hidup disini..Hehe..Bukan menghilangkan diri,tapi kemalasan melanda diri,soriii..Seskali je tak update blog ni,biarkan sunyi,bukan ade pun yg nak stalk blog nii.. :D

So here i am,in cyberjaya again,in my hostel room with my rumate..Had late dinner and laundry with ecah just now,bercerita pasal masa depan dan perkembangan diri yg terkini,maklumlah 2 minggu tak bersua muka.."I manager pantai timur k,jangan lupa,u dgn mein cover area klang valley.." hahahaaa..satu hari insyaAllah.. :D

cookies2,sila tuntut dgn kadar segera! :P

Kenapa fees sampai 3k ++ utk satu subject??Agak2 la MMU weii,dah final year and final sem (hopefully,aminn) dah ni,kasi la diskaun sikittt..Ingat bayar fees guna daun kering kutip dekat car park tu keeeee..

kemas2 sikit td,saya ada sikit je accessories..hehe..

tadaaaa! dah habis susun2.. :D
dah submit,yeayyyyyyyyy!

Okay rindu budak kecik suka jerit2 and suka senyum,baru tengok video2 dia tadi,rindu rindu..Harap2 weekend ni boleh jumpa and peluk cium lagi..Weekend ni balik lagi,yeayyy! Ade2 sape2 nak ikut???Boleh makan nasi minyak free weekend ni..Hehe..

pipi yg best utk gigit n cium berjuta kali sehari.
ini semua utk this weekend! :D

Dah tak taw nak type ape dah,nanti la sambung..Bye2..

*walaupun qi razali tu handsome,ada orang lagi handsome di mata dan hati saya,so jangan risau okay..heheheeee..choc lava again pleaseeee..hihihi.. :P *

Sincerely,
ALIA