makan lagi,
dan makan...
eheheehheee...
Anak sulung
-mudah b'tolak ansur,mudah mengalah,pandai amek ati org tua,tapi kadang2 tu ego sikit & besar kepala..Selalunya keegoaan anda itu m'buatkan anda berjaya dlm hidup..
Anak tengah
-lebih berdikari,kadang2 lagi bagus dari anak sulung,lebih percaya pada keyakinan diri,ada cara t'sendiri utk curi perhatian org,tapi mudah jauh hati,rasa terpinggir,mudah mengalah,mudah rasa tertekan,kurang perhatian...
Anak bongsu
-manja & keras kepala,happy go lucky,berkeyakinan & berkeinginan tinggi,juga sukar nak buat keputusan sendiri...
Anak tunggal
-terlalu dpt perhatian,terlalu dimanjakan selalunya lemah dlm cabaran,selalu rasa sunyi,lebih berkeyakinan,bijak bergaul,cpt matang,rapat dgn parents & sukar bertolak ansur...
Sulung dgn sulung
-pasangan ini dikatakan "keras",boleh jd tak sehaluan,ada harapan bertekak hari2,kalau skrg masih bercinta,perlu perkasakan jiwa sbb nak bawa hubungan ke matlamat perkahwinan bkn senang,bertolak ansur banyak2 sbb dua2 mmg nampak tegas dlm segala hal...
Sulung dgn tengah
-sulung selalunya b'sikap memerintah,si tengah akn b'sikap menurut utk mengelak sebarang ketegangan,kadang2 si tengah akn menganggap sulung terlalu menakutkan sbb dia terlalu menggertak.Bagusnya,setiap anak tengah serasi dgn sesiapa sahaja.Tapi selalunya anak tengah akan makan hati sikit sbb dia terpaksa mengabaikan kemahuan & impian demi pasangan.Tapi mereka sebenarnya serasi kalau anak tengah boleh bersikap macam anak bongsu.
Sulung dgn bongsu
-inilah kombinasi paling serasi.Dgn sikap dominannya,si sulung mudah memimpin rumah tangga/hubungan sbb si bongsu lebih menurut.Si sulung dpt mengajar pasangannya utk bertindak lebih teratur & dewasa.Sementara si bongsu dpt seimbangkan sikap serius si sulung dgn mengajaknya bersantai atau sekadar duduk2 berkhayal memandang masa depan.
Tengah dgn tengah
-pasangan ini sangat serasi & saling melengkapi.Tapi sikap suka berahsia anak tengah kadang2 boleh jadi sbb yg serius dlm soal komunikasi.Biasanya apa pun masalah mudah & cepat selesai sbb masing2 menjunjung tinggi perdamaian & cukup mudah berkompromi.
Tengan dgn bongsu
-hubungan ini akan berjalan lancar,bila si tengan cenderung bersikap seperti ank sulung.Kalau anak tengah menunjukkan ciri sejati,dia akan t'bawa-bawa gaya si bongsu yg lebih santai & suka mengikut kehendak diri sendiri.Ini berlaku terutama apabila anak tengah itu perempuan.
Bongsu dgn bongsu
-dua2 manja.Selalunya susah sikit utk bergerak senada & seirama.Berhati-hatilah! Walaupun selalunya menyenangkan,tapi kadang2 jgn terlalu lihat pada kenyataan hierarki dlm keluarga sbb kalau dua2 begitu mmg susah sikit nak kawal keadaan.
Okey ni cuma pengamatan,kajian berteraskan pengalaman & teladan..Suka ati la korang nak percaya ke x..Tp at least boley jd kan panduan utk masa dpn..Eheheheheee..Moga korang bahagia & aman damai slalu dgn pasangan masing2.. =)
Sincerely,
ALIA